Kelas Softskill – Membuat Kad Ucapan Hari Bapa dan Membuat Origami Baju Dengan Tali Leher

22 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas Softskill kepada ahli-ahli NADI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk merangsang kemahiran koordinasi tangan dan kreativiti peserta dalam membuat sesuatu tugasan.

Dalam sesi pertama kelas ini, setiap peserta telah diberi beberapa helai kertas yang berlainan warna, gunting, gam, marker berwarna dan pensil warna untuk membuat kad ucapan Hari Bapa mengikut kreativiti masing-masing. Mereka dikehendaki untuk mencari idea bagi menghias kad ucapan tersebut dengan melayari Youtube dan Google.

Pada sesi kedua pula peserta digalakkan untuk membuat origami baju dengan tali leher bertemakan Hari Bapa menggunakan beberapa helai kertas yang telah diberi kepada mereka. Mereka mencari idea membuat origami tersebut dengan melayari Youtube dan Google.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali